Sunday, November 7, 2010

Cara Gaya Keibubapaan ( Part 3 )


Cara gaya AUTHORITARIAN

  • ibu bapa yang sangat mementingkan batasan di mana mereka meletakkan banyak peraturan, mengharapkan kepatuhan yang tegas, jarang menerangkan kepada anak, mengapa mereka perlu patuh terhadap peraturan yang di tetapkan.
  • selalu bergantung pada hukuman dan menggunakan taktik ketegasan untuk mendapatkan pematuhan.
  • ibu bapa authoritarian tidak sensitif terhadap pandangan anak dan mengharap anak untuk menerima kata-kata mereka sebagai peraturan dan menghormati autoriti mereka.
ciri-cirinya :

  • terlalu mengawal.
  • mengarah dan paksaan.
  • kena ikut peraturan yang telah dibuat.
  • disiplin yang ketat.
  • kurang penjelasan
  • sedikit ssensitif terhadap keperluan anak

Kesan pada anak :

  • kurang kemahiran sosial
  • menjadi pendiam, kurang keyakinan diri.
  • kurang berfikir secara kreatif.
  • memberontak atau pendendam secara terbuka atau senyap.

Cara gaya AUTORITATIF

  • ibu bapa yang memberi kawalan tetapi menggunakan gaya yang fleksibel di mana mereka membuat tuntutan atau kemahuan yang munasabah terhadap anak.
  • ibu bapa dalam kategori ini lebih berhati-hati untuk memberikan rasional atau sebab mengapa anak mereka perlu patuh terhadap peraturan yang ditetapkan dan memastikan anak mengikut setiap panduan yang diberikan.
  • lebih terbuka untuk menerima dan memberirespons kepada pandangan anak dan sering melibatkan anak dalam membuat keputusan di dalam keluarga.
Ciri-cirinya :

  • mengawasi pergerakan anak.
  • mengawal dan membimbing.
  • bertolak ansur dengan anak.
  • menghormati hak anak-anak.
  • mengamalkan peraturan yang fleksibel.

Cara Gaya Keibubapaan ( Part 2 )


Syarat minimum keibubapaan

  • memantau tingkah laku anak.
  • mengenalpasti tingkah laku devian yang berlaku.
  • menghukum tingkah laku yang bermasalah.
  • mendidik agar tidak lari dan terkeluar daripada landasan dan tuntutan agama Islam.

Ciri-ciri ibu bapa yang prihatin / ambil peduli


  • akan memerhati dan mengenalpasti mana-mana tingkah laku anak yang bermasalah sama ada boleh diterima atau tidak.
  • nampak apa yang dilakukan itu adalah salah maka dibetulkan.
  • hasil tindakan keperihatinan ibu bapa ini akan membantu anak lebih sensitif, bertanggungjawab dan memahami kehendak sosial dan norma yang sihat.

Membesarkan anak tugas ibu bapa


  • hubungan rapat antara ibu bapa dan anak.
  • pengawasan ibu bapa.
  • mengenalpasti tingkah laku devian.
  • menghukum perbuatan devian.
  • latar belakang kriminaliti ibu bapa.
  • saiz keluarga.
  • keluarga / ibu (bapa) tunggal.
  • ibu bapa atau bapa yang bekerja di luar rumah.

Mengenalpasti tingkah laku devian


  • sekiranya ibu bapa ingin melihat keberkesanan dan impak cara didikan, mereka mesti tahu mengenal pasti tingkah laku yang devian apabila ia berlaku.
  • setengah ibu bapa tahu yang anaknya melakukan perbuatan yang di larang dan salah tetapi membiarkannya berlaku contohnya, merokok, membelikan motosikal walaupun tiada lesen, keluar rumah hingga larut malam.

KESIMPULAN


  • ibu bapa mesti berubah dahulu menunjukkan akhlak dan contoh pekerti yang terbaik.
  • suami dan isteri mesti sepakat dalam mendidik dan membimbing anak-anak, tidak hanya diserahkan pada satu pihak sahaja.
  • menghormati hak-hak anak.
  • menegur dan mendidik dengan ikhlas dan sebagai satu tanggungjawab seperti mana yang telah di amanahkan ALLAH.
  • hidupkan suasana keluarga dan rumah dengan sinar dan persekitaran dengan amalan agama mengikut al-Quran dan sunnah.
  • banyak berdoa dan rujuk kepada ALLAH SWT apabila menimpa musibah.

Cara Gaya Keibubapaan ( Part 1 )


Psikologi Remaja ( Oleh : PROF MADYA DR.KHAIDZIR ISMAIL - Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, Universiti Kebangsaan Malaysia )


Cara gaya keibubapaan adalah merupakan satu peranan yang diamalkan oleh ibu bapa untuk mendidik, memupuk, melindungi dan juga memberi arah panduan kepada anak-anak dengan cara atau acuan sendiri yang mungkin dipelajari daripada ibu bapa mereka atau melalui pengalaman persekitaran.

Banyak telah diperkatakan dan juga melalui dapatan hasil kajian akademik, cara gaya keibubapaan banyak menyumbang kepada tingkah laku anak.

Ada setengahnya mendapati cara gaya keibubapaan yang berbeza amalannya menyumbang kepada kejayaan anak dalam aspek akademik, kerjaya dan juga akhlak yang mulia.

Tidak kurang dapatan juga mendapati bahawa cara gaya keibubapaan juga menyumbang kepada masalah tingkah laku anak sehingga terjebak dalam jenayah dan ketidakstabilan perkembangan psikologi. Semua ibu bapa inginkan anak-anak mereka berjaya dunia dan akhirat tetapi cabarannya adalah gaya cara keibubapaan yang manasatu yang berkesan.

Ibu bapa perlu mempelajari ilmu kemahiran keibubapaan memandangkan tuntutan dan cabaran perubahan yang pesat dalam kesibukan bekerja. Terdapat ibu bapa yang tidak mempedulikan perkembangan dan kebajikan anak.

Jika ada di antara mereka yang mengambil tahu tentang perkembangan anak, ada setengahnya tidak mempunyai masa atau tenaga untuk memantau tingkah laku dan perkembangan anak. Ibu bapa yang kisah dan memantau perkembangan anak, mungkin ada yang tidak nampak apa-apa kesalahan tingkah laku anak. Sekiranya semua tersusun atur, masih ada ibu bapa yang tidak mempunyai kekuatan atau keupayaan menghukum atau menegur kesalahan tingkah laku anak.

Tuesday, August 10, 2010

Perkembangan Emosi di Kalangan REMAJA

Para remaja, umumnya mengalami banyak perkembangan emosi. Emosi memainkan peranan yang besar dalam hidup remaja. Kadang-kadang, emosi lebih berpengaruh daripada fikiran. Ini adalah kerana:

a. Perubahan mendadak pada perkembangan fizikal. Mereka mengalami masalah dalam menyesuaikan diri dengan perubahan fizikal ini. Contohnya, remaja mula mempersoalkan tentang perubahan dirinya, wajahnya yang berjerawat, kulit yang gelap dan sebagainya.

b. Daya pemikiran remaja masih belum cukup matang untuk berfikir secara nasional logik dan objektif.

Justeru itu, tingkah laku dan tindak-tanduk mereka lebih banyak dipengaruhi oleh emosi. Secara umumnya, remaja adalah transisi daripada zaman kanak-kanak ke zaman dewasa, ini menyebabkan remaja sering mengalami ‘krisis’ identiti. Mereka sering tertanya-tanya ‘Siapakah saya?’, ‘Apakah nilai yang harus dipegang?’ dan ‘Apa yang aku hendak dalam hidup ini?’. Jika keadaan ini berterusan, Ia akan memberikan tekanan dan konflik dalam kehidupan remaja.

Selain itu, pertumbuhan organ dan kelenjar seks telah menimbulkan keinginan remaja kepada jantina yang berlawanan dengan diri mereka.

Dalam perkembangan emosi, remaja perempuan dikatakan lebih sensitif dan terlalu emosional. Mereka mudah menangis, merajuk, tersinggung jika tidak mendapat perhatian. Apatah lagi, jika mereka gagal dalam percintaan, maka akan timbul perasaan risau, bingung, kesepian dan sedih sehingga mendorong mereka melakukan perkara yang tidak diingini.

Bagi remaja yang tidak dibimbing dengan nilai-nilai agama secara komprehensif, perubahan ini kerapkali menimbulkan kesan negatif pada diri mereka. Tambahan pula dengan faktor - faktor persekitaran seperti pendedahan perkara - ­perkara seks, melalui media massa dan majalah lucah akan membawa mereka ke arah perkara-perkara yang diluar batasan agama.

Akibat dan pengaruh yang tidak sihat ini, remaja hanyut dalam khayalan dan fantasi mereka. Maka, ibu-bapa perlulah memberi bimbingan kepada remaja agar mereka dapat mengimbangi dan menyesuaikan diri dengan perkembangan emosi serta perkembangan -perkembangan lain diri remaja.

SAID NURSI harmonikan sains dan Islam


Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

BADIUZZAMAN Said Nursi atau ebih dikenali sebagai Said Nursi dilahirkan 1876 Masehi bersamaan 1293 Hijrah di sebuah perkampungan kecil bernama Nurs di wilayah Bitlis, tenggara Turki.
Dilahirkan dalam keluarga yang menitikberatkan amalan beragama, nama Said diberikan oleh ibu bapa beliau yang membawa maksud bahagia dengan harapan Said Nursi menjadi manusia yang membahagiakan agamanya.
Ketika berusia sembilan tahun, Said Nursi mula merantau dan menuntuut ilmu ke seluruh pusat pengajian di Turki sehinggalah umurnya 14 tahun.
Kelebihan daya ingatan dan hafalan yang kuat yang dianugerahkan Allah kepadanya menjadikkan beliau terkenal dan diberi gelaran Badiuzzaman oleh gurunya, Syeikh Fathullah. Gelaran Badiuzzaman yang diterima amat berrepatan dengan pengabdian seluruh hidupnya untuk mendaulat dan mempertahankan Islam semasa Turki mula diserang anasir sekularisme.
Said Nursi merupakan pemikir dan ulama yang hidup semasa era zaman kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah.
Pada tahun 1897, Said Nursi berhijrah ke bandar Van, dimana beliau mentelaah kitab-kitab yang terdapatdi perpustakaan dan membuat kajian terhadap tahap kefahaman masyarakat tempatan, khususnya Kaum Kurdi terhadap Islam.
Berkat iltizam dan keazaman, Said Nursi dapat menguasai bukan sahaja ilmu sains tetapi ilmu-ilmu moden yang lain seperti sejarah, geografi, matematik, falsafah serta pengetahuan Islam.Di zamannya pernah tersiar di akhbar ucapan kontroversi Menteri Tanah Jajahan British, William Ewart Gladstone ketika satu perhimpunan rasmi British berkata sambil memegang Al-Quran.
"Selagi Al-Quran berada di tangan-tangan orang Islam, selagi itu kita tidak akan mampu menguasai mereka."Oleh itu, kita perlu jauhkan Al-Quran daripada mereka."
Said Nursi amat terkesan dengan kata-kata William berusaha menghadapi ancaman Barat dengan menubuhkan sebuah universiti di Timur Turki yang dinamakan Madrasah Al-Zahra.
Pusat ilmuwan berkenaan dibina bertujuan menggabungkan ilmu agama dan sains moden bagi memperkukuhkan keyakinan beragama.
Tetapi amat malang kerana pembinaan universiti tidak dapat disiapkan disebabkan Perang Dunia Pertama meletus.
Pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi dalam menyebarkan syariat Islam bersama-sama pengetahuan saintifik tidak langsung melemahkan semangatnya.
Beliau pernah ditangkap, dipenjarakan malah cuba diracun beberapa kali sempat menghasilkan karyanya Buah Buah Iman semasa dipenjara.
Berpandukan pengetahuan saintifik, Said Nursi menegaskan bahawa tiada pertentangan antara ilmu sains dan kebenaran agama, mala Al-Quran merupakan pembuka jalan ke arah ilmu-ilmu alam semesta.
Pandangan beliau diluahkan dalam karya agungnua, Rasail An-Nur yang terdiri daripada 130 Risalah semasa dalam penjara.
Risale-i Nur, yang menerangkan dan menghuraikan asas-asas keimanan dari kebenaran Al-Quran kepada manusia moden.
Kitab berkenaan juga menunjukkan bahawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat hanya boleh diperolehi dalam keimanan dan ilmu ketuhanan.
Karya agung beliau turut mempengaruhi penulis Turki, Harun Yahya yang kini telah menghasilkan beratus buku yang menghuraikan sains moden dari perpekstif Al-Quran.
Said Nursi menghembuskan nafas terakhir pada 25 Ramadhan 1379 bersamaan 23 Mac 1960 di Urfa.
Di sini dilampirkan dua petikan komen cendekiawan Islam terhadap Badiuzzaman dan Risale-I Nur:
"Dalam sejarah Islam, tiga perkara pergerakan Islam berikut telah bangkit dan menyerupai satu dengan yang lain di mana setiap satunya telah memainkan peranan yang besar dalam memelihara keimanan orang-orang Islam
 Pergerakan Imam Rabbani, Shaykh Ahmad Sirhindi di India.
 Pergerakan Abdulhamid ibnu Badis di Algeria
 Pergerakan Badiuzzaman Said Nursi di Turki."
Prof. Abdul Wadud Celebi dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Saya percaya bahawa penulisan dalam Risale-I Nur sahaja yang melihat dengan cukup dan menyeluruh kepada kosmos seperti keadaan yang sebenar, menyampaikan keimanan dengan pentafsiran Al-Quran seperti yang dikehendaki oleh Rasulullah, mencari sebab penyakit yang menjangkiti manusia moden dan menawarkan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit dengan sepenuhnya.
estidotmy

Pentingnya ICT dalam SAINS

Di sekolah pelajaran ICT telah mula diajar dan para pelajar dapat mempelajari ilmu sains dengan lebih mendalam apabila boleh mengakses maklumat dengan pelbagai cara yang dibantu ICT seperti Internet.

Daripada maklumat yang dipeoleh dari Internet, para pelajar boleh mendapatkan penerangan lanjut daripada guru Sains mereka dan tidak hanya bergantung kepada buku teks atau ujikaji ringkas di bilik makmal.

Pelajar juga boleh membuat analisis atau melihat dengan lebih jelas perubahan atau tindakan-tindakan dalam dunia sains seperti perubahan jisim, molekul dan sebagainya yang boleh ditunjukkan dengan mudah melalui persembahan tiga dimensi (3D).

Tentu kita masih ingat bagaimana saintis telah berjaya merungkai mengenai rahsia kehidupan manusia purba beratus-ratus ribu tahun dahulu dengan hanya melakukan imbasan 3D terhadap mumia atau tulang-tulang manusia yang dijumpai.

Dengan menggunakan teknologi maklumat, saintis juga telah berjaya melakukan kajian DNA manusia di seluruh dunia dalam projek Genome Manusia yang menggunakan pelbagai sistem pangkalan data dan pengkomputeran terkini.
Di sekolah
Di peringkat sekolah pula, para pelajar boleh menggunakan Internet untuk mengakses pelbagai jurnal, majalah sains, portal sains dan sebagainya termasuk menggunakan perisian multimedia dalam pembelajaran mereka.

Penggunaan beberapa perisian khas untuk pembelajaran sains membolehkan pelajar untuk melakukan uji kaji dan penyiasatan tersendiri mengenai rahsia alam dengan lebih mudah.

Komputer juga boleh digunakan untuk mengumpul data dan kemudiannya hasilnya dipersembahkan dalam bentuk graf atau sebagainya.

ICT juga akan membolehkan para pelajar menyiasat dengan lebih terus, selamat dan mendalam terhadap mana-mana projek. Daripada situ juga mereka boleh mencipta, menganalisis, menilai dan mengrafkan pelbagai data yang dikumpul.

Kemahiran pengendalian data akan membolehkan pelajar untuk merancang, memilih, mempersembah dan menilai kerja-kerja mereka menggunakan teks, graf, imej, bunyi dan video yang seterusnya menjadikan hasil kerja mereka sangat hebat untuk dilihat.

Melalui ICT juga, para pelajar di pedalaman dapat menghubungi rakan mereka di bandar dan juga mendapat rakan baru dari luar negara untuk berkongsi-kongsi pendapat dan pengalaman mereka dalam mengendalikan projek-projek sains.

Dalam dunia tanpa sempadan pada masa ini, semua orang termasuk pelajar kini boleh mendapat manfaat dan peluang sama rata seperti mana para pelajar yang lain dalam mendapatkan ilmu dan sudah tentu MOSTI akan terus memartabatkan ICT dalam pembangunan sains di negara ini.

Friday, June 25, 2010

SCHOOL OF CHESS




Mastering Chess

  • Chess develops memory
  • Chess develops logical thinking
  • Chess promotes imagination and creativity

Open for :

  • Primary School
  • Secondary School
  • Adult