Friday, April 23, 2010
Membina disiplin anak
Peribahasa Melayu ada menyebut "melentur buluh biar dari rebung". Begitu juga halnya dalam menanan disiplin dalam siri anak-anak sebaiknya dilakukan sejak mereka muda lagi. Ada pelbagai cara boleh diaplikasi oleh ibu bapa bagi memupuk disiplin dalam diri si kecil dan tidak semestinya melalui kekerasan atau paksaan.TIP MENDIDIK ANAK PATUHI PERATURAN
- Peringkat awal mulakan dengan hal yang kecil dulu, kemudian secara bertahap ke peringkat selanjutnya. Ibu dan bapa mestilah menggunakan komunikasi yang baik dan sederhana.
- Pastikan anda konsisten pada aturan disiplin yang telah dibuat. Konsisten amat penting antara ibu bapa supaya tidak menimbulkan kebingungan pada si anak. Buatlah kesepakatan tentang peraturan yang harus dijalankan di rumah.
- Tetapkan pemberian ganjaran dan hukuman jika mematuhi atau melanggar peraturan tersebut.
- Berikan arahan disertai penjelasan mengapa begini atau begitu. Dampingi anak agar mereka tahu apa yang perlu dibuat, sebagai contoh mengemas permainan selepas bermain bersama-sama anak.
- Teknik disiplin yang digunakan sebaiknya dengan penuh kasih sayang. Bahasa yang digunakan juga sebaiknya sederhana saja, apalagi dengan anak kecil.
- Perhatikan usia anak.Aturan disiplin akan berbeza pada tiap tingkat tahap perkembangan. Bila masih kecil ( 1-2 tahun ), kesabaran sangatlah penting kerana anak belum begitu memahami.
- Hormati perasaan anak dan hargai juga waktunya.
- Berikan pilihan alternatif. Sentiasa ingatkan anak supaya dia akan lebih terkesan dengan peraturan tersebut. Berikan arahan dengan tegas dan lebih spesifik. Tekankan pada hal-hal positif.
- Berikan contoh telasan yang baik kerana anak-anak memang suka meniru perangai ibu bapanya.
- Jangan terlalu serius, buat lawak agar anak mudah mengikuti arahan dengan rela.
- Bersifat mengugut, kerana sikap tersebut hanya akan membuatkan anak memberi penentangan atas arahan yang diberikan.
- Jangan mendisiplinkan anak jika anda dalam keadaan beremosi.
- Jangan terlalu bersyarat dengan anak kecil.
Sebelum menghukum anak yang tidak berdisiplin jangan hukum pada anak yang masih tergolong kecil kerana mereka belum mengerti alasan mengapa mereka dihukum, akibatnya mereka boleh menjadi anak yang degil pula.
Wednesday, April 7, 2010
Monday, April 5, 2010
SAYA PELAJAR SUPER - SIRI 1
Ibu bapa kena terus-terang dengan anak
Petikan dari Utusan Malaysia - 2hb April 2010Kebenaran
Apa yang diberitahu kepada anak mestilah perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara sebenar.
Bercakap terus-terang dan tepat
Apabila kita bercakap dengan anak, kita mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus-terang serta tidak berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan yang mengelirukan. Contohnya, anak meminta kebenaran bermain di luar tetapi hari panas, kita terus menjawab, "tidak bole nanti dikejar anjing". Sepatutnya kita beritahu terus bahawa "tidak boleh hari panas" dan beritahu bahawa nanti akan menyebabkan mereka (anak) sakit.
Sentiasa konsisten dan tepat
Apa saja yang kitea terangkan kepada anak-anak atau mengajar mereka, mestilah di lakukan dengan konsisten dan tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.
Sentiasa konsisten dan tepat
Apa saja yang kitea terangkan kepada anak-anak atau mengajar mereka, mestilah di lakukan dengan konsisten dan tepat. Pembaharuan boleh diterima oleh anak-anak tetapi jangan membuat pembaharuan tanpa sebab yang munasabah atau tidak jelas.
Rangsangan
Keupayaan adalah asas membina semangat kepada anak-anak manakala kegagalan asas lemah dan boleh mematahkan semangat.
Harapan
Wujudkan perasaaan positif dan tanamkan perasaan harapan yang tinggi dan jangan berputus harapan kepada anak-anak.
Berulang kali
Anak-anak suka sesuatu yang berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang kali, makalebih kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. namun, elakkan perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak.
Jangkaan
Ajar anak supaya boleh membuat penentuan atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku. Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan seronok.
Disiplin / Undang-Undang
Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada : maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan.
Kegembiraan
Dilakukan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. elakkan perasaan sedih, sayu, pilu, merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain. Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan melakukan banyak perkara yang berguna.
Kecewa
Anak perlu mengalami kekecewaan dalam hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu-bapa. kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak. Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak mengatasi kekecewaan itu.
Teladan
Teladan daripada ibu bapa dan orang lain dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan hidup dan kewibawaan anak.
Konsep Downshifting (merendah-rendahkan atau menurunkan semangan anak)
Jangan pukul, cubit dan menghina anak. Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang marah tanpa sebab serta keterangan kukuh.
Konsep Expansion vs Replacement (Pengembangan lawan Pengambilalihan)
Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri.
MALAS BACA bantut perkembangan sastera

Petikan dari UTUSAN MALAYSIA - 2hb APRIL 2010
Oleh Aznan Bakar
Betulkah secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun? Jika ia benar maka ini merupakan ancaman kepada perkembangan sastera tempatan.
Di barat sastera merupakan satu industri. Tetapi di negara kita, bergelar sasterawan ada yang hidup merana. Perkara itu perlu di ubah. salah satu cara ialah dengan menggalakkan lagi masyarakat membaca dan menghargai buku. Dengan itu mereka juga akan menghargai dan menyanjung penulisnya.
Dari pihak kerajaan, Rais memberi jaminan kementeriannya akan menjalankan kajian bagi mengenal pasti situasi terkini terhadap budaya membaca dan tahap pembacaan di kalangan rakyat Malaysia.
Kajian itu akan mengambil masa enam bulan dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia bermula April ini. Bagi beliau, kajian tersebut adalah perlu memandangkan industri buku di negara ini semakin berkembang dan ini sudah tentu akan mempengaruhi budaya pembacaan di kalangan masyarakat.
Industri buku kini mencecah sehingga RM400 juta setahun. Ia di lihat amat berdaya saing dan maju. Saya yakin purata buku yang dibaca rakyat juga telah meningkat,"katanya.
Tetapi yang paling penting ialah kesedaran masyarakat untuk membaca. Ibu bapa perlu menyemai budaya sihat ini supaya apabila membesar anak-anak mereka suka membaca. Negara kita tidak kurang dengan buku berkualiti. Sepanjang tahun 2009, sebanyak 2788 judul buku berkaitan kesusasteraan dan novel diterbitkan.
Dalam tempoh itu juga sebanyak 1409 judul buku agama telah diterbitkan. Jumlah keseluruhan judul buku yang telah diterbitkan pada 2009 adalah 15767 tajuk. Ia satu angka besar yang menyediakan pelbagai pilihan bahan bacaan untuk masyarakat. Jika masyarakat tidak menyokong perkembangan sastera di negara ini dengan membeli bahan bacaan yang diterbitkan, tidak mustahil satu hari ia boleh berkubur.
Subscribe to:
Posts (Atom)
