Friday, April 23, 2010
Membina disiplin anak
Peribahasa Melayu ada menyebut "melentur buluh biar dari rebung". Begitu juga halnya dalam menanan disiplin dalam siri anak-anak sebaiknya dilakukan sejak mereka muda lagi. Ada pelbagai cara boleh diaplikasi oleh ibu bapa bagi memupuk disiplin dalam diri si kecil dan tidak semestinya melalui kekerasan atau paksaan.TIP MENDIDIK ANAK PATUHI PERATURAN
- Peringkat awal mulakan dengan hal yang kecil dulu, kemudian secara bertahap ke peringkat selanjutnya. Ibu dan bapa mestilah menggunakan komunikasi yang baik dan sederhana.
- Pastikan anda konsisten pada aturan disiplin yang telah dibuat. Konsisten amat penting antara ibu bapa supaya tidak menimbulkan kebingungan pada si anak. Buatlah kesepakatan tentang peraturan yang harus dijalankan di rumah.
- Tetapkan pemberian ganjaran dan hukuman jika mematuhi atau melanggar peraturan tersebut.
- Berikan arahan disertai penjelasan mengapa begini atau begitu. Dampingi anak agar mereka tahu apa yang perlu dibuat, sebagai contoh mengemas permainan selepas bermain bersama-sama anak.
- Teknik disiplin yang digunakan sebaiknya dengan penuh kasih sayang. Bahasa yang digunakan juga sebaiknya sederhana saja, apalagi dengan anak kecil.
- Perhatikan usia anak.Aturan disiplin akan berbeza pada tiap tingkat tahap perkembangan. Bila masih kecil ( 1-2 tahun ), kesabaran sangatlah penting kerana anak belum begitu memahami.
- Hormati perasaan anak dan hargai juga waktunya.
- Berikan pilihan alternatif. Sentiasa ingatkan anak supaya dia akan lebih terkesan dengan peraturan tersebut. Berikan arahan dengan tegas dan lebih spesifik. Tekankan pada hal-hal positif.
- Berikan contoh telasan yang baik kerana anak-anak memang suka meniru perangai ibu bapanya.
- Jangan terlalu serius, buat lawak agar anak mudah mengikuti arahan dengan rela.
- Bersifat mengugut, kerana sikap tersebut hanya akan membuatkan anak memberi penentangan atas arahan yang diberikan.
- Jangan mendisiplinkan anak jika anda dalam keadaan beremosi.
- Jangan terlalu bersyarat dengan anak kecil.
Sebelum menghukum anak yang tidak berdisiplin jangan hukum pada anak yang masih tergolong kecil kerana mereka belum mengerti alasan mengapa mereka dihukum, akibatnya mereka boleh menjadi anak yang degil pula.
Subscribe to:
Posts (Atom)