Monday, April 5, 2010

MALAS BACA bantut perkembangan sastera


Petikan dari UTUSAN MALAYSIA - 2hb APRIL 2010

Oleh Aznan Bakar

Betulkah secara purata rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun? Jika ia benar maka ini merupakan ancaman kepada perkembangan sastera tempatan.

Di barat sastera merupakan satu industri. Tetapi di negara kita, bergelar sasterawan ada yang hidup merana. Perkara itu perlu di ubah. salah satu cara ialah dengan menggalakkan lagi masyarakat membaca dan menghargai buku. Dengan itu mereka juga akan menghargai dan menyanjung penulisnya.

Dari pihak kerajaan, Rais memberi jaminan kementeriannya akan menjalankan kajian bagi mengenal pasti situasi terkini terhadap budaya membaca dan tahap pembacaan di kalangan rakyat Malaysia.

Kajian itu akan mengambil masa enam bulan dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia bermula April ini. Bagi beliau, kajian tersebut adalah perlu memandangkan industri buku di negara ini semakin berkembang dan ini sudah tentu akan mempengaruhi budaya pembacaan di kalangan masyarakat.

Industri buku kini mencecah sehingga RM400 juta setahun. Ia di lihat amat berdaya saing dan maju. Saya yakin purata buku yang dibaca rakyat juga telah meningkat,"katanya.

Tetapi yang paling penting ialah kesedaran masyarakat untuk membaca. Ibu bapa perlu menyemai budaya sihat ini supaya apabila membesar anak-anak mereka suka membaca. Negara kita tidak kurang dengan buku berkualiti. Sepanjang tahun 2009, sebanyak 2788 judul buku berkaitan kesusasteraan dan novel diterbitkan.

Dalam tempoh itu juga sebanyak 1409 judul buku agama telah diterbitkan. Jumlah keseluruhan judul buku yang telah diterbitkan pada 2009 adalah 15767 tajuk. Ia satu angka besar yang menyediakan pelbagai pilihan bahan bacaan untuk masyarakat. Jika masyarakat tidak menyokong perkembangan sastera di negara ini dengan membeli bahan bacaan yang diterbitkan, tidak mustahil satu hari ia boleh berkubur.

No comments:

Post a Comment